Sunday 12 November 2017

Pengenalan Diri

Teks: Nurul Khairun Naim
Foto: Koleksi Peribadi Nurul Khairun Naim


Luas terbentang hijau permandangan,
Negeri Jelapang Padi tempat kelahiran,
Tersingkap sebuah rahsia keagungan,
11 November 1986 tarikh kelahiran.

Lahir sudah seorang serikandi,
Nurul Khairun bt Naim nama diberi,
Puteri sulung pasangan suami isteri,
Kakanda kepada dua saudara lagi.

Dibesarkan di sebuah kampung bernama Kampung Gesir Tengah, Hulu Selangor. Kehidupan sudah terbiasa dengan hutan dan alam semula jadi. Menjadi anak kepada pasangan guru mendekatkan saya dengan profesion keguruan. Daripada kecil telah terbiasa mengikut ibu dan ayah mengikuti aktiviti-aktiviti di sekolah. Apabila kedua ibu bapa bertukar bidang mengajar Pendidikan Khas, saya juga tidak terkecuali berkecimpung bersama-sama murid-murid istimewa. 

Ingatkan ibu dan ayah sahaja yang akan merantau jauh dari kampung halaman. Rupanya saya juga tidak terkecuali. Setelah menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Ilmu Khas, di Cheras dalam bidang Pendidikan Khas, saya di tempatkan di sebuah Sekolah Pendidikan Khas di Melaka. Tahun 2010 bermulanya perjalanan saya sebagai seorang guru pendidikan khas di rantauan. Walaupun jauh daripada kampung halaman, namun lokasi Melaka sebenarnya tidaklah jauh mana daripada Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan satu-satunya universiti yang menawarkan pelbagai kursus dalam bidang Pendidikan Khas. Maka pada tahun 2012 saya mendaftar dan menyambung pelajaran dalam Pendidikan Khas di Universiti Kebangsaan Malaysia pada peringkat sarjana. Menjadi pelajar separuh masa bukanlah sesuatu yang mudah kerana kita masih mempunyai tanggungjawab pada kerja hakiki. Saya selalu berpegang pada "utamakan yang utama". Ini kerana semua adalah perancangan Allah. Setiap apa yang kita lalui adalah caraNya untuk mengajar kita tentang kehidupan. 

Pada Oktober 2014 saya dianugerahkan Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan Khas daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Begitu panjang perjalanan bagi mendapatkan segulung ijazah ini. Tiga perubahan zaan saya lalui bermula daripada zaman bujang 2011, berkahwin (2013) dan mempunyai cahaya sulung (2014). Selama tujuh semester saya ambil untuk melengkapkan proses pembelajaran ini. Pada tahun 2014 juga saya berpindah ke Kluang mengikut suami yang bekerja di sana. Percayalah, perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Dia akan beri tepat pada masanya.

Berpindah ke Kluang menggamit kembali memori lama membesar di Kampung Gesir Tengah. Kluang bukanlah sebuah bandar yang besar dan mempunyai kemudahan akses seperti di Melaka. Namun saya suka berada di sini kerana persekitarannya yang dekat dengan alam semula jadi. Di pagi hari, akan ada satu bau yang datang daripada kilang memproses kelapa sawit. Kadang-kadang kabus tebal menyelubungi kawasan rumah walaupun bukan tinggal di kawasan berbukit. Di Kluanglah saya mula belajar mengubah cara hidup kepada yang lebih sihat. Bermula dengan mengubah cara pemakanan. Jangan hairan jika saya katakan, terdapat ladang tanaman organik yang luas di Kluang. Jadi jika mahu dapatkan sumber sayuran yang organik dan tiada bahan kimia bukanlah sesuatu yang sukar. Selain itu, bermulalah penerokaan saya dalam bidang minyak essential sebagai sokongan kepada kesihatan fizikal dan mental.

Apabila mengubah cara kehidupan yang lebih sihat, minyak essential membantu saya mengurangkan penggunaan produk berasaskan bahan kimia di rumah. Minyak essential ini berasal daripada tumbuh-tumbuhan. Dalam pada merealisasikan slogan "Go Green", saya juga "Go Healthy and Green". Prinsip saya mudah sahaja, satu minyak essential masuk ke dalam rumah saya, satu produk berasaskan bahan kimia keluar daripada rumah saya. Hendak berubah tidak perlu secara drastik. Memadai secara perlahan-lahan mengikut kemampuan tetapi dilakukan berterusan. Saya memilih Minyak Essential Young Living sebagai sumber bahan bebas kimia saya.

Minyak Essential Young Living mempunyai jaminan kualiti dan diyakini asli. Melalui jaminan Seed to Seal yang ditawarkan ole Syarikat Young Living ini, saya yakin untuk terus bersama-sama mereka. Pada mulanya saya hanya guna Minyak Essential sebagai kegunaan sendiri. Lama kelamaan, apabila mula berkongsi dengan rakan pengguna minyak essential lain, saya mampu mendapat pendapatan pasif secara tidak sedar. Young Living merupakan antara syarikat yang memberikan pulangan tertinggi kepada ahli-ahlinya yang berdaftar. Siapa tidak suka dapat hadiah percuma dan bertukar mata (redeem point) bukan? 

Sebagai pengedar minyak essential Young Living, sebenarnya berkait juga dengan bidang pendidikan khas saya. Jika di negara maju, minyak essential menjadi salah satu alternatif yang digunakan untuk menyokong murid-murid istimewa daripada pelbagai aspek. Di Malaysia, kesedaran tentang minyak essential ini sedang berkembang. Semua orang memerlukan minyak essential. Ini kerana setiap individu itu unik dan tiada ubåt atau rawatan yang betul-betul sesuai dengan setiap keperluan individu. Maka penggunaan minyak essential menjadi alternatif yang selamat untuk di gunakan.  Terdapat lebih daripada 200 Denis minyak essential daripada Syarikat Young Living. Mana mungkin ia tidak mampu untuk menyokong setiap keperluan fizikal dan mental setiap individu?

Saya mempunyai keinginan untuk berkongsi setiap ilmu yang saya ada. Mana mungkin ilmu ini disimpan sorang. Doakan moga di permudahkan bagi saya untuk berkongsi tentang pendidikan khas dan kebaikan minyak essential kepada setiap individu. Moga bertemu lagi di perkongsian seterusnya. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. Moga blog ini dapat terus memberi manfaat untuk semua.








No comments:

Post a Comment