Thursday 16 November 2017

Apakah Minyak Essential?

Teks: Nurul Khairun bt Naim
Foto: carian google

What is essential oil?

Essential oil adalah bahagian yang paling signifikan pada tumbuhan. ia dihasilkan daripada anak pokok, bunga, pokok akar, buah, kulit, resin dan herba.
Minyak pati biasanya mengandungi lebih daripada 100 bahan oraganik dan asli.
Kepada tubuh manusia, ia menyokong setiap sistem dalam anggota badan. Ia menyokong sistem rangka, sistem otot, sistem pernafasan, sistem endokrin dan juga hormon.
Essential oil menyokong kesihatan otak dan berat badan yang sihat. Ia juga digunakan untuk sokongan emosi dan spiritual.
Minyak pati ini boleh juga digunakan sebagai alternatif gantian kepada bahan kimia pembersihan yang kita ada di rumah.
Terdapat lebih 300 jenis minyak pati di dunia. Anda tidak perlu mendapatkan keseluruhannya. Mulakan dengan 4-5 jenis minyak pati dahulu.
Untuk menggunakan Essential Oil, anda juga tidak perlu juga menjadi aromatherapist.
Dalam dunia aromaterapi, terdapat 3 cara untuk menggunakan Essential Oil. 
English school menggunakan Essential Oil dengan cara menyapukannya pada kulit. 
French School membenarkan ia diambil secara oral dan digunakan dalam masakan manakala, Sekolah German memasangkannya pada diffuser dan menghidu terus bauannya. Cara ini boleh jadi cara yang paling pantas dan efisien kerana ia tidak perlu melalui sistem penghadaman.
Jadi, bagaimana ia memasuki kepada sistem badan kita dan berapa lamakah ia akan kekal?
Mengikut kajian dan ujian yang pernah dilakukan, minyak ini akan tiba pada jantung, hati dan tiroid dalam masa 3 saat apabila dihidu. 
Apabila ia disapu pada kulit, minyak ini sampai kepada pengaliran darah dalam masa 26 saat. 
Essential oil dinyah keluar dari badan sepenuhnya dalam masa 3 - 6 jam pada tubuh badan yang sihat dan normal.

Tuesday 14 November 2017

Clarity Essential Oil

Teks: Nurul Khairun bt Naim
Foto: Koleksi Flikr Young Living

Minyak Essential Clarity.

Minyak Essential Clarity biasa digunakan sebagai sokongan bagi meningkatkan daya fokus dan ingatan. Clarity EO merupakan minyak essential blend yang dikeluarkan oleh Young Living bagi membantu meningkatkan penyerapan oksigen pada otak. Jika dihidu ketika sedang belajar, ada kebarangkalian untuk mengingat semula apa yang telah belajar jika menghidu bau yang sama. Clarity juga di panggil sebagai 'wake up oil' bagi mereka yang berasa letih dan lemah. 

Clarity adalah campuran daripada Basil, Cardamon, Rosemary verbenon, Peppermint, Rosewood, Geranium, Lemon, Palmarosa, Yang lang, Bergamot, Roman Chamomile dan Jasmine. 

Minyak- minyak yang terdapat dalam Clarity EO ini boleh membantu menyokong pelbagai masalah yang berkaitan sistem saraf dan juga keseimbangan emosi. 

EO lain yang sexual digandingkan dengan Clarity EO ini adalah En-R-Gee EO jika anda mahu kekal bertenaga dan kurang mengantuk ketika memandu. Selain itu boleh juga digandingkan dengan Brain Power EO, Lemon EO dan Peppermint EO.

Frekuensi EO ini adalah 101 MHz dan menyokong emosi.

Clarity EO ini mengandungi Cardamon dan transphenol yang tinggi. Ia bleh menyebabkan sakit kepala jika terdapat petrochemical atau heavy metal yang terkumpul dalam otak.


Monday 13 November 2017

Pendapatan sampingan bersama Young Living

Teks: Nurul Khairun bt Naim
Photo: Google

Young Living merupakan antara syarikat yang memberikan pulangan tertinggi kepada ahli-ahlinya. Terdapat 7 cara yang membolehkan anda memiliki pendapatan tertinggi bersama Young Living. Pendapatan tersebut diperolehi melalui:

1. Jualan retail kepada bukan ahli Young Living
2. Unilevel commission
3. Starter kit bonus
4. Fast start bonus
5. Rising star bonus
6. Generation share
7. Leadership

Setiap 18 haribulan Young Living akan mengkreditkan komisen ke dalam akaun ahli Young Living yang aktif. Pelbagai promosi yang di adakan oleh syarikat Young Living bagi membantu ahli-ahlinya mendapatkan bonus dan komisen yang lebih tinggi. Pada Oktober 2017 sempena ulangtahun ke-3 Young Living Malaysia beroperasi, acara Rally turut di adakan di tempat-tempat tertentu di seluruh Malaysia. Oleh itu, lebih ramai orang boleh mengenali Young Living dan mendapatkan promosi yang diadakan. Rata-rata rakan berkongsi mereka mendapat komisen 4 angka daripada "paycheck Oktober". Lumayan bukan.

Ada rakan-rakan yang sebelum ini menyertai perniagaan multilevel syarikat lain beralih arah kepada Young Living kerana pulangan yang Young Living berikan. Seorang rakan ini berkongsi, ada satu masa dia membuat 2 perniagaan serentak. Masing-masing mengumpul 4000 mata terkumpul. Tetapi Young Living memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding syarikat yang satu lagi. Persekitaran di Young Living juga lebih sihat dan semua orang tidak di gula-gulakan dengan keseronokan materialistik semata. Ini menyebabkan 'turning point' kepada rakan tersebut untuk serius bersama Young Living. 

Pengalaman saya setahun bersama Young Living juga berbeza berbanding perniagaan lain. Young Living mempunyai persekitaran yang sihat. Pencapaian material bukanlah minat saya. Tapi kualiti hidup yang menyebabkan saya setia bersama Young Living. Berminat mengetahui lebih lanjut tentang 'compensation plan Young Living?'. Hubungi saya di talian 0194092941.




Sunday 12 November 2017

Pengenalan Diri

Teks: Nurul Khairun Naim
Foto: Koleksi Peribadi Nurul Khairun Naim


Luas terbentang hijau permandangan,
Negeri Jelapang Padi tempat kelahiran,
Tersingkap sebuah rahsia keagungan,
11 November 1986 tarikh kelahiran.

Lahir sudah seorang serikandi,
Nurul Khairun bt Naim nama diberi,
Puteri sulung pasangan suami isteri,
Kakanda kepada dua saudara lagi.

Dibesarkan di sebuah kampung bernama Kampung Gesir Tengah, Hulu Selangor. Kehidupan sudah terbiasa dengan hutan dan alam semula jadi. Menjadi anak kepada pasangan guru mendekatkan saya dengan profesion keguruan. Daripada kecil telah terbiasa mengikut ibu dan ayah mengikuti aktiviti-aktiviti di sekolah. Apabila kedua ibu bapa bertukar bidang mengajar Pendidikan Khas, saya juga tidak terkecuali berkecimpung bersama-sama murid-murid istimewa. 

Ingatkan ibu dan ayah sahaja yang akan merantau jauh dari kampung halaman. Rupanya saya juga tidak terkecuali. Setelah menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Ilmu Khas, di Cheras dalam bidang Pendidikan Khas, saya di tempatkan di sebuah Sekolah Pendidikan Khas di Melaka. Tahun 2010 bermulanya perjalanan saya sebagai seorang guru pendidikan khas di rantauan. Walaupun jauh daripada kampung halaman, namun lokasi Melaka sebenarnya tidaklah jauh mana daripada Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan satu-satunya universiti yang menawarkan pelbagai kursus dalam bidang Pendidikan Khas. Maka pada tahun 2012 saya mendaftar dan menyambung pelajaran dalam Pendidikan Khas di Universiti Kebangsaan Malaysia pada peringkat sarjana. Menjadi pelajar separuh masa bukanlah sesuatu yang mudah kerana kita masih mempunyai tanggungjawab pada kerja hakiki. Saya selalu berpegang pada "utamakan yang utama". Ini kerana semua adalah perancangan Allah. Setiap apa yang kita lalui adalah caraNya untuk mengajar kita tentang kehidupan. 

Pada Oktober 2014 saya dianugerahkan Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan Khas daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Begitu panjang perjalanan bagi mendapatkan segulung ijazah ini. Tiga perubahan zaan saya lalui bermula daripada zaman bujang 2011, berkahwin (2013) dan mempunyai cahaya sulung (2014). Selama tujuh semester saya ambil untuk melengkapkan proses pembelajaran ini. Pada tahun 2014 juga saya berpindah ke Kluang mengikut suami yang bekerja di sana. Percayalah, perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Dia akan beri tepat pada masanya.

Berpindah ke Kluang menggamit kembali memori lama membesar di Kampung Gesir Tengah. Kluang bukanlah sebuah bandar yang besar dan mempunyai kemudahan akses seperti di Melaka. Namun saya suka berada di sini kerana persekitarannya yang dekat dengan alam semula jadi. Di pagi hari, akan ada satu bau yang datang daripada kilang memproses kelapa sawit. Kadang-kadang kabus tebal menyelubungi kawasan rumah walaupun bukan tinggal di kawasan berbukit. Di Kluanglah saya mula belajar mengubah cara hidup kepada yang lebih sihat. Bermula dengan mengubah cara pemakanan. Jangan hairan jika saya katakan, terdapat ladang tanaman organik yang luas di Kluang. Jadi jika mahu dapatkan sumber sayuran yang organik dan tiada bahan kimia bukanlah sesuatu yang sukar. Selain itu, bermulalah penerokaan saya dalam bidang minyak essential sebagai sokongan kepada kesihatan fizikal dan mental.

Apabila mengubah cara kehidupan yang lebih sihat, minyak essential membantu saya mengurangkan penggunaan produk berasaskan bahan kimia di rumah. Minyak essential ini berasal daripada tumbuh-tumbuhan. Dalam pada merealisasikan slogan "Go Green", saya juga "Go Healthy and Green". Prinsip saya mudah sahaja, satu minyak essential masuk ke dalam rumah saya, satu produk berasaskan bahan kimia keluar daripada rumah saya. Hendak berubah tidak perlu secara drastik. Memadai secara perlahan-lahan mengikut kemampuan tetapi dilakukan berterusan. Saya memilih Minyak Essential Young Living sebagai sumber bahan bebas kimia saya.

Minyak Essential Young Living mempunyai jaminan kualiti dan diyakini asli. Melalui jaminan Seed to Seal yang ditawarkan ole Syarikat Young Living ini, saya yakin untuk terus bersama-sama mereka. Pada mulanya saya hanya guna Minyak Essential sebagai kegunaan sendiri. Lama kelamaan, apabila mula berkongsi dengan rakan pengguna minyak essential lain, saya mampu mendapat pendapatan pasif secara tidak sedar. Young Living merupakan antara syarikat yang memberikan pulangan tertinggi kepada ahli-ahlinya yang berdaftar. Siapa tidak suka dapat hadiah percuma dan bertukar mata (redeem point) bukan? 

Sebagai pengedar minyak essential Young Living, sebenarnya berkait juga dengan bidang pendidikan khas saya. Jika di negara maju, minyak essential menjadi salah satu alternatif yang digunakan untuk menyokong murid-murid istimewa daripada pelbagai aspek. Di Malaysia, kesedaran tentang minyak essential ini sedang berkembang. Semua orang memerlukan minyak essential. Ini kerana setiap individu itu unik dan tiada ubåt atau rawatan yang betul-betul sesuai dengan setiap keperluan individu. Maka penggunaan minyak essential menjadi alternatif yang selamat untuk di gunakan.  Terdapat lebih daripada 200 Denis minyak essential daripada Syarikat Young Living. Mana mungkin ia tidak mampu untuk menyokong setiap keperluan fizikal dan mental setiap individu?

Saya mempunyai keinginan untuk berkongsi setiap ilmu yang saya ada. Mana mungkin ilmu ini disimpan sorang. Doakan moga di permudahkan bagi saya untuk berkongsi tentang pendidikan khas dan kebaikan minyak essential kepada setiap individu. Moga bertemu lagi di perkongsian seterusnya. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. Moga blog ini dapat terus memberi manfaat untuk semua.